Thursday, June 30, 2011

Muhasabah: Adab2 Berbuka Puasa

Dalam berpuasa Rasulullah S.A.W telah mengajar kita adab2 nye. Malah kita digalakkan mengikut sunnah untuk menambah koleksi bekalan pahala kita. Mari kita lihat adab2 berbuka puasa yg diamalkan oleh Rasulullah S.A.W.

1)Segerakan berbuka puasa - "Manusia sentiasa dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

2)Berbuka puasa dengan rutab,kalo tiada dengan tamar,kalo tiada dengan air. Ini adalah tertib Rasulullah ketika berbuka - Daripada Anas katanya "Bahawa Rasulullah S.A.W berbuka puasa dengan beberapa biji rutab sebelum bersolat, Sekiranya tiada rutab, dengan beberapa biji tamar,dan sekiranya tiada tamar, maka Baginda minum beberapa teguk air" (Riwayat Imam Ahmad dan Tirmidzi,hadis hasan)

3)Menyegerakan solat magrib selepas berbuka dengan beberapa biji rutab,tamar atau beberapa teguk air,sebelum makanan dihidangkan. Sekiranya makanan telah dihidangkan dahulukan makanan dan jangan tergopoh gapah untuk bersolat. Ini kerana Rasulullah S.A.W mengutamakan kesempurnaan solat. Sekiranya seseorang bersolat tetapi tidak tidak khusyuk dan memikirkan pasal makanan,kesempurnaan solat tidak akan dicapai. - Daripada Anas bin Malik r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: "Apabila telah dihidangkan makan malam,maka mulakanlah ia, sebelum kamu menunaikan solat magrib,dan jangan kamu tergopoh-gapah ketika makan malam kamu." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

4)Makan dengan kadar yang tidak berlebihan ketika berbuka. - Firman Allah s.w.t "Dan makan dan minumlah dan jangan lah berlebih2an,Sesungguhnya DIA tidak suka orang yg berlebihan2. " (Al.Aaraf:31)

5)Berdoa ketika berbuka kerana doa orang yg berpuasa dari lapar dan nafsu dimakbulkan oleh Allah s.w.t. -"Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka" (Riwayat Ibn Majah)

6)Berdoa kepada sesiapa yg menjamu orang yang berbuka puasa - Kata Anas r.a " Baginda S.A.W pernah datang kepada (rumah) Saad bin Ubadah. Dia menghidangkan roti dan minyak. Baginda pun makan dan bersabda : Telah berbuka puasa di sisi kamu mereka yg berpuasa, telah makan makanan kamu mereka yg baik dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat.

Semoga puasa kita muslimin dan muslimat mendapat pahala dan rahmat dari Allah S.W.T.

Wallahualam

source: Dr.Maza

Saturday, June 25, 2011

Panas: Simpan emas untuk pelaburan jangka panjang

Assalamualaikum,

Kenapa tajuk di atas dipilih untuk entry kali ni...Sy nak kongsi pengalaman sy. Emas satu logam yg sangat berharga,nilai dia tidak akan jatuh. Semasa sy baru2 berkahwin sejak setahun lalu,sy hampir kering dan pokai. Tiada lagi duit kertas celah2 dompet,dalam kereta,buku,dlm account bank pun semua nya takde. Beribu2 ringgit hilang dlm sekelip mata sahaja. Semuanya digunakan untuk majlis kahwin. Tapi alhamdulillah, ketika itu, isteri sy sgt baik, dia bgtahu sy,dia boleh tolong.WOOOWW...sy bersyukur sgt2. Jadi kami pun pegi ke ar-rahnu dgn tujuan nak menggunakan duit untuk belanja tambahan. Kami pun memajagadaikan gelang isteri sy. Sy bgtahu die sy pinjam. Die pun setuju. Alhamdulillah dapat la duit untuk belanja. Nasib baik x pinjam ah-long...

Dari situ sy berfikir sejenak, emas nie sgt berguna. Bukan sahaja sebagai barang kemas. Tapi untuk tujuan pelaburan. Sy sudah melabur di Public Mutual sebanyak seribu, tp untung nye sy x nmpk lagi. Sy menyesal tak guna kan seribu yg sy ada ketika itu untuk membeli dinar emas. Sekarang harga emas sudah naik. Okay ..sekarang sy nak cerita pasal dina emas..tadi mukaddimah jer..


Ini ialah Dinar Emas keluaran GCP . Sebuah syarikat bumiputra Islam. Spesifikasi tentang dinar emas boleh dilihat seperti dalam gambar:
1 - Ketulenan = 999.9
2 - Berat = 4.25gram
3 - Ukurlilit = 23mm
4 - Harga = mengikut harga semasa. Boleh lihat harga emas di column sebelah ini ====>

Kelebihan dinar emas ini:
  • Emas mempunyai nilai intrinsik yang tersendiri dan diiktiraf sebagai wang di seluruh dunia
  • DInar adalah matawang Islam yang sebenar
  • Penyimpan nilai yang lebih stabil berbanding wang kertas. Dinar mampu melindungi kekayaan anda
  • Boleh digunakan sebagai bayaran mas kahwin (kepada yang nak kahwin tu boleh la beli dinar emas,kalo bagi duit mungkin nilai die x berganda,tapi kalo simpan emas,nilai nye berganda,pasti isteri anda suke)
  • Penggunaan Dinar membolehkan pembayaran zakat yang lebih tepat
  • Harga emas meningkat setiap tahun akan menambahkan nilai kekayaan penyimpan Dinar.
 Jadi anda dah lihat kelebihan dinar emas ni. Anda juga  boleh guna kan dinar emas ni untuk tujuan:

  1. Pelaburan dan simpanan
  2. Membayar zakat (kepada muslimin muslimat)
  3. Sebagai mas kahwin
  4. Hadiah dan cenderahati
  5. Digunakan untuk aktiviti jual beli 
Sila lawati http://gcp.com.my/ untuk maklumat lanjut. Sila hubungi no yg tertera di sebelah -------->

Muhasabah: Nikmat Sihat

Aku masih ingat lagi dulu2 nasyid raihan, 
"Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara...
sihat sebelum sakit...
muda sebelum tua...
kaya sebelum miskin...
lapang sebelum sempit
hidup  sebelum mati..."



Aku sedar,5 perkara yg disebut dalam hadis Rasulullah S.A.W,Allah dah tentukan untuk aku. Nikmat sihat yang Allah kurniakan adalah untuk beramal soleh dan menyuruh hambanya sedaya upaya beribadat kepada nya dengan seikhlas hati. Cuba bayangkan kalo kita sakit, memang x dpt buat ape2 la...kalo sakit kepala,boleh ke kita nak beribadat kepada Allah dengan tenang?Apatah lagi kalo sakit2 yg berat. Aku yg dh kene High Blood Pressure, bersyukur sangat2 sebab tiba2 aku boleh teringat hadis Nabi nie. Kalo tak mungkin aku akan lalai ngan dunia yg fana ini...


Dulu2 masa aku remaja, aku nk hafal apa2 mudah jer..Sekarang baru masuk 20an,dh tercungap2...remaja2 kat luar sana,cepat2 la guna kan masa remaja untuk kebaikan...jgn duk asyik berkepit jer...(mcm aku dlu2 gak)Astaghfirullah...


Ermmm..kaya? Aku xla kaya tp ada la rezeki yg Allah kurniakan...Kerja di Bank Negara nie satu rezeki yg amat besar bagi aku dan aku bersyukur sgt2. Kalo pikir2 kan, ada lagi org yg susah dari aku, aku patut bersyukur...betul tak??


Satu perkara ni la yg paling susah nk hindarkan...Waktu lapang mesti buat kerja tak faedah...Ish333xxx...bile dah nak sampai deadline baru nk terkejar2 sana sini. Insyaallah dengan pantas nye manage time dgn molek2...


Hidup sebelum mati???Dah pikir2 ke amalan ape sbg bekalan di akhirat nanti. Semoga aku dan pembaca tergolong dalam kalangan org2 yg beramal soleh dan mendapat rahmatNYA di akhirat kelak. 


InsyaAllah, muhasabah kali ini jadi peringatan selama2nya untuk aku dan juga pembaca...maklum la kan,kita nie manusia, asal perkataan pun 'nisyan = lupa'. Bukan nye melayu mudah lupa tp manusia itu sendiri adalah pelupa. Cakap hari nie lain besok lain...itu lupe la nme nye..hehehe..betul ke???..boleh la kut...hehehehe


Wallahua'lam...

Saturday, June 18, 2011

Muhasabah: Amalan di Bulan Syaaban

 Assalamualaikum..

Sering kita dengar tentang amalan2 mulia di bulan Syaaban,tapi pernah kah kita teliti adakala kita sering mengikut sahaja apa masyarakat sekeliling kita amalkan tanpa mengetahui bahawa ianya tidak besandar kan kepada dalil dan nas2 yg sahih. Jadi sebelum bulan Sya'aban datang,mari kita faham dan belajar tentang amalan2 soleh yg sahih di bulan Sya'aban.

Hadis palsu yg direka tentang bulan syaaban...(p/s: siapa yang mahir tentang hadis sila tegur ye)

“Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”. Ini adalah hadis palsu yang direka oleh Ibn Jahdam (meninggal 414H) (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha`if, m.s. 95, Halab: Maktab al-Matbu`at al-Islamiyyah).

Suka aku kongsi, dari dulu lagi aku ingt hadis nie betul, aku pun rujuk kat Dr.Maza nye page. Terkejut gak mula tu...

Adapun Rasulullah S.A.W berpuasa lebih di bulan Sya'aban berbanding di bulan2 yg lain. Ini dibuktikan dengan  hadis dari: 


"Aisyah r.a.h menyebut: Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w berpuasa dalam bulan lain lebih daripada puasa Syaaban. Baginda pernah berpuasa Syaaban sepenuhnya, kecuali hanya beberapa hari (tidak puasa)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)  

Usamah Zaid juga pernah bertanya mengapa Rasulullah S.A.W banyak berpuasa di bulan Sya'aban lalu Baginda S.A.W menjawab:

“Syaaban antara Rejab dan Ramadan, manusia lalai mengenainya. Padanya (Bulan Syaaban) diangkat amalan hamba-hamba Allah. Aku suka tidak diangkat amalanku, melainkan aku dalam keadaan berpuasa” (Riwayat al-Nasai, dinilai hasan oleh al-Albani dalam Silsilah al-Sahihah 4/522). 

Jadi elok lah kite mengamal kan puasa di bulan Sya'aban kerana ianya memang dituntut oleh Rasulullah S.A.W. Supaya tahun ini lebih baik dari tahun lepas. Insyaallah. 

Wallaualam...

REF: Dr.Maza

Muhasabah: Kenapa Jews/Zionist Berjaya menakluk dunia??


Aku baru separuh baca buku nie. Best gak buku nie. Ada banyak cerita macam mana Jews boleh berjaya nie. Sedang syok aku baca buku nie,sampai kat part yg mana Jews population/immigrants berjaya menjadi org2 ternama. Mereka berjaya menjadi professor2,pelakon2 hollywood,consultans,pakar ekonomi,politician,lawyers dan macam2 cabang lagi diorg conquer kat Amerika. 

Mungkin satu pengajaran, walaupun Jews nie takde tanah tapi bila diorg "berhijrah" ke Amerika,kumpulan Jews nie berjaya menaikkan peratusan2 golongan mereka di dalam sektor2 penting di Amerika.Contohnya daripada jumlah peguam 500orang,20% dari mereka adalah Jews. Pada tahun 1939,separuh daripada peguam di New York adalah Jews. wow..hebat tu...Kalo di negara kita,pasti kita dah bising hak bumiputera kita. Tapi di sana tidak. kenapa???baca lah buku nie,banyak isu2 dan faktor2 kenapa mereka berjaya. Yang aku sebut nie baru peguam,x sebut lagi profesor diorg,physician2 diorg,pakar2 eknomi diorg dan org2 terkaya di dunia adalah dr kalangan Jews gak.

Pengajaran yg boleh kita ambil di sini,kita perlu berhijrah. Rasulullah S.A.W pernah berhjirah ke Madinah kerana ingin mengembangkan Islam dan menyebarkannya. Akhirnya Baginda S.A.W berjaya menyebarkan Islam di seluruh dunia bermula di Madinah. Muhasabah kepada diri aku gak, kalo kite nak berjaya, di mana2 pun, kita perlu berhijrah. Bagi aku tidak semestinya berhijrah dari satu tempat ke tempat yg lain. Berhijrah dari sifat mazmumah(buruk) ke sifat mahmudah(baik) pun di kira berhijrah. Kalo dulu kita malas,sekarang kita berhijrah kepada rajin. Begitu juga sifat2 mazmumah yg lain. 


Aku bukan nak bandingkan Rasulullah S.A.W dengan Jews. Tapi aku terpikir bagaimana dua2 nie boleh berjaya menyebarkan MISI mereka. Satu cara iaitu berhijrah. 


Wallahua'lam
(p/s: Kalo salah tolong betul kan, tegur2 la dengan hak dan sabar.)

Friday, June 17, 2011

Hangat:: Aku pemabuk terbaik

Short story nak cerita n share. 

Semalam 17 June 2011, Pelabuhan LKIM Chendering,Terengganu, jam 5.00 petang, kami 15 orang semuanya bertolak dari pelabuhan tersebut untuk pegi mencandat sotong dan mengail ikan. Aku antara 15 orang tersebut, bersemangat untuk berjuang di tengah2 gelombang laut yg bergelora untuk mencandat sotong. Baru je sampai kat tengah2 laut, kepala aku mula merasa 'weng'. Aku cube tahan dan aku mula kan kerja mencandat. Member aku cakap jgn pandang bawah kat laut. Pandang kat langit. Lagi ko pandang bawah lagi ko pening. Aku pun pandang ke atas dengan harapan aku boleh sambung balik kerja mencandat aku. Aku pun layan la langit biru kat atas tu. 


Uwekkk!!! akhirnya aku berjaya. Aku berjaya mengeluar kan isi perut aku. Hahaha...Aku rse aku la yg pertama. Aku akhirnya berserah sahaja. Aku pegi amik wuduk untuk solat asar. Selepas solat asar, aku terus terdampar kat atas tilam yg agak2 empuk gak la dan aku membaring kan diri aku yg sudah mabuk. 

Maghrib aku bangun lagi untuk menunaikan solat fardu maghrib. Aku turun untuk mengambil wuduk dan tiba2 aku terbau nasi yg baru di masak. Wooow...Sungguh menyelerakan. Aku rse aku ingin makan lepas aku solat nanti. Tapi aku tidak berjaya untuk makan. Aku bau nasi tu sungguh meloyakan tekak aku. Aku terus lagi membuang semua isi dalam perut aku. Fuhhhh...nikmat nye. Akhir nya aku mengaku kalah. Aku tak boleh teruskan perjuangan ini lagi. Aku pun kembali menyambung lena aku tadi lepas solat magrib.


Sedang aku lena,tiba2 aku dengar bunyi guruh. Ahhh!!!macam nak hujan jer. Tepat sangkaan ku itu. Aku rse sudah tengah malam. Hujan pun semakin lebat. Angin kuat membantai bot, membuat kan bot bertambah goyang. Aku rasa seperti di awangan. Memang terbaik la ribut angin nie. Aku rasa aku kene layan gak lena sebelum aku meluahkan lagi isi perut aku. 


Tepat jam 3.30pagi, bot kami selamat sampai di pelabuhan. Aku rasa bersyukur. Hehehe. Seksa mabuk laut aku sudah berakhir. Akhirnya aku berjaya membawa pulang isi perut kosong. Seekor sotong pun tiada berjaya aku tangkap. Hahaha...Aku cume pikir 'home sweet home'. Aku balik nie aku nak makan n tdo...Itu la pengalaman aku menjadi pemabuk laut. Walaubagaimanpun, akan datang, aku ingin ikut lagi ke laut. Aku rasa aku tak la mabuk laut lagi. Itu bukan aku.


Sekian wassalam...

Thursday, June 16, 2011

Muhasabah: Hadis 1

عن أمِيْرِ المُؤْمِنِيْنَ أبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الخَطَّاب رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ ا للهِ
صلى الله عليه وسلم یَقُولُ: (( إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ آَانَ تْ
هِجْرَتُهُ إِلىَ اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ وَمَنْ آَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا یُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَ ةٍ
یَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ)) . رواه إماما الحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن
إبراهيم بن المغيرة بن بردزیة البخاري، وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري
النيسابوري في صحيحيهما اللذین من أصح الكتب المصنفة.

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar
Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap
orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka
hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu
mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke
arah perkara yang ditujuinya itu.
Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn
Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim
al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling
sahih .

Apa yang penting niat kita ketika membuat sesuatu perkara. Kalo kita berkerja, niat la kita berkerja kerana ALLAH menyuruh kita mencari rezeki. Tangan yang di atas lebih mulia dari tangan yg berada di bawah.

Waallahua'alam... 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...