Friday, December 31, 2010

HP Probook


Hp Probook 4420s akan berada di tangan aku tak lama lagi InsyaALLAH.

Ciri2 Hp Probook 4420:-
2MP webcam
2GB DDR3
Intel i3
320 Gb HDD
Water resistant keyboard
14" LED screen
Metal Casing
HDMI cabel port
SATA hard disk cabel port
3 USB port
Windows 7 ultimate
and other accessories.

Harap2 segalanya berjalan lancar.

10 Wasiat Imam As-Shahid Hassan Al-Banna

























  1. Apabila mendengar azan, segeralah mendirikan solat walau dalam keadaan apa sekali pun.
  2. Bacalah Al-Quran, tatapilah buku-buku, pergilah mendengar perkara2 yang baik, amalkanlah zikrullah, dan janganlah sama sekali membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah,
  3. Berusahalah sedaya upaya untuk bertutur dalam bahasa Arab yang betul kerana bahasa arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.
  4. Janganlah banyak bertengkar kerana pertengkaran kosong tidak mendatangkan kebaikan.
  5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
  6. Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
  7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang diperlukan oleh oendengar kerana percakapan yang nyaring adalah resmi yang sia-sia dan boleh menyakiti hati orang.
  8. Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang dan mengecam seseorang, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.
  9. Berkenal-kenallah dengan setiap ikhwan muslimin yang ditemui walaupun dia tidak meminta saudara berkenalan dengannya..asas gerkan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.
  10. Kewajipan kita lebih banyak daripada masa, oleh itu tolonglah saudaramu agar mereka menggunakan masa dengan berfaedha, dan jika anda mempunyai tugas sendiri, ringkaskanlah perlaksanaannya.
Terima Kasih
=)

Thursday, December 30, 2010

10 Cara Untuk Memori Kuat





















Adakah lebih baik jika kita mampu untuk ingat apa yang kita baca daripada surat khabar, kertas, buku atau apa sahaja? Lebih baik juga jika kita tidak lupa no telefon kawan kita, tarikh lahir kawan, ibubapa, adik bradik dan sebagainya.

Jangan risaukan semua itu kerana kini saya ingin kongsi cara bagaimana kita mampu untuk menguatkan memori kita.
Terdapat 10 cara untuk mengatasi masalah memori lemah:
1. Percaya pada diri mempunyai memori yang kuat.
Banyak orang berfikir mereka tidak bagus dalam menghafal atau mengingat sesuatu. Cuba buangkan sikap negatif tersebut dan serapkan percaya pada diri dalam diri kita. Natijahnya kita mampu untuk mengingat dan sekaligus menjadikan memori kita kuat.

2. Lakukan latihan otak.
Bagaimana? Lakukan latihan otak dengan sekerap yang mungkin. Isi kan masa lapang
dengan bermain permainan memerah otak macam chess, sudoku dan sebagainya. Dengan cara ini, otak kita akan sentiasa aktif dan memperbaiki sistem fungsi psikologi otak kita.

3. Kurangkan tekanan
Tekanan/stres melampau boleh mengakibatkan kesan buruk ke atas kesihatan dan memori ingatan kita. Cara terbaik ialah dengan mengawal tekanan dan stres kerana tekanan tidak boleh dibuang. Cubalah untuk bertenang dengan melakukan senaman, membaca AL-QURAN, berzikir, solat dan sebagainya.

4. Makan makanan yang sihat dan baik
Kini di pasaran terdapat pelbagai suplemen untuk memori dan kuat ingatan. Makanan yang sihat/seimbang boleh menguatkan otak kita untuk berfikir. Cuba amalkan Omega3, sayuran yang mengandungi antioksida dan lain2.

5. Perbaiki skil pemerhatian
Lupa tentan sesuatu perkara penting selalunya bukan disebabkan oleh memori yang teruk, tetapi keran skil pemerhatian kita yang tidak ada. Kita perlu memperbaiki skil tersebut seperti jika kita jumpa orang baru kenal, cuba untuk ingat dalam memori kita nama2 mereka. Begitu la skil pemerhatian berkerja.

6. Beri peluang untuk diri
Memori ialah satu benda yang sangat mudah hilang dalam jangka masa yang pendek. Kita akan mudah lupa jika kita ada gangguan. Kunci utamanya ialah cuba untuk fokus kepada perkara yang sedang kita lakukan.

7. Cipta gambaran untuk mudah ingat
Kita mampu ingat dengan mudha jika kita mampu untu membuat gambaran. Jadikan gambaran itu sesuatu yang selalu kita jumpa dan mudah kita ingat. Cara ini selalu dilakukan oleh pelajar2 untuk mengingat subjek2 untuk periksa.

8. Ulang perkara yang perlu dipelajari
Kekerapan mendengar, melihat, atau fikir membuat kita lebih mudah untuk ingat. Apabila kita ingin ingat sesuatu, cuba ulang sekerap mungkin seperti menghafal no telefon. Lagi satu tulis apa yang ingin kita hafal.

9. Kumpulkan perkara yang untuk diingat
Senaraikan perkara2 yang ingin diingat. Sebagai contoh kita ingin pergi membeli barang di kedai, kita perlu membuat senarai dahulu supaya memori kita boleh ingat apa yang perlu dibeli. Jadi kan nya sebagai satu amalan.

10. Buat peraturan
Ini bermakna, kita perlu ada disiplin diri atau aturkan perkara2 bergantung kepada kekerapan penggunaan. Sebagai contoh, kunci rumah,kita boleh letakkan kunci ditempat yang mudah diambil. Jadikan nya amalan harian anda..

Terima Kasih
=)




Tuesday, December 7, 2010

Di Sebalik Pelarasan Harga Minyak















3 December yang lepas negara kita digemparkan dengan pelarasan subdisi minyak RON95. Maka dengan ini, harga minyak telah terjadi kenaikan sebanyak 5 sen iaitu dari RM1.85 hingga RM1.90 seliter. Ramai memberi respon yang agak negatif di sebalik pelarasan sudsidi. Ini kerana, Menteri di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan, Dato' Ismail Sabri Yaakob telah memberi jaminan bahawa tiada kenaikan pada harga minyak RON95 untuk sehingga akhir tahun 2010. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Apa nak jadi la dengan keadaan negara kita sekarang. Rakyat memang ingin pemodenan dan pembangunan, tetapi dengan cara ini, rakyat asyik teraniaya. Bagi penulis, budget 2011 yang diumumkan PM negara kita tidak begitu efektif. Aku bukan la pandai sangat, cuma berdasarkan pemerhatian dan bacaan dari sumber2 yang boleh dipercayai, budget 2011 hanya la semata2 untuk kepentingan kroni2. hmmm...Penulis cuma memberi pandangan kerana percaya negara kita negara demokrasi.

Bila la kita boleh lihat Malaysia jadi transformer. Bertukar rupa. Bertukar kerajaan. Bertukar undang2. Bertukat Pemimpin. Dan yang paling penting, bertukar dari Negara Sekular kepada Negara Islam yang diwar2 kan oleh Nabi Muhammad S.A.W dan khulafa ar-rasyidin. Selamat menyambut Maal Hijrah 1432H.

Friday, December 3, 2010

Jalan2 Masa Holiday


Trip to Melaka

Jalan2 dengan wife. Hanya sempat memanjat Menara Taming Sari setinggi 80m dan cuci mata di Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan. Sayang nya tak berapa tebal poket ni untuk shopping. hehehe...


Menara Taming Sari dari pandangan bawah.


Di depan Menara Taming Sari








Hari Raya Aidil Adha Satu Pengorbanan












Selepas di sembelih


Sudah hampir sebulan hari raya aidil adha berlalu. Baru aku nk upload gambar masa aku sembelih dan melapah kambing biri-biri yang dikorbankan. Best woo melapah kambing ni. Nie second year la aku buat kerja macam nie masa hari raya aidiladha ni. Maklum la duduk bandar, nak buat keje nie bukan nye selalu. Lagi pun aku dapat belajar benda baru dari bapak aku, pak cik aku dan nenek aku. Aku rasa baru je start kehidupan. Dulu2 tak suka nak belajar, sekarang baru tau. hahhaha. Insyaallah tahun depan aku akan jadi lebih pakar..hehhee











Time nak bedah perut kambing...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...