Monday, February 21, 2011

Maulud Nabi Muhammad S.A.W

Tanggal 15 Februari 2011 bersamaan 12 Rabiu'l Awal 1432 H, kita telah menyambut ulang tahun maulud Nabi Muhammad S.A.W. Di negara kita, kita dapat lihat pelbagai cara untuk menyambut Maulud Nabi, antaranya ialah perarakan di setiap negeri. Berbagai ragam, fesyen baju, tema, sepanduk dan lagu semata2 untuk mengingat kembali junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Malah tahun ini dengan tema 1 Malaysia, pelbagai kaum, bangsa, dan agama turut serta untuk menyambut maulud Nabi kita nie. Semoga dengan penyertaan mereka, mereka akan memperolehi hidayah untuk memeluk Islam kerana junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. 



Bukan tentang perarakan menyambut maulud ini yg sy nk ceritakan. Tapi tentang bagaimana kita nk 'adapt' sunnah Nabi Muhammad S.A.W dalam kehidupan harian kita. Sy nk huraikan sikit apa yg sy dapat dari Forum Perdana Islam - Maulidurasul yg sy hadir pada hari Jumaat baru2 nie 18 Februari 2011 di Surau Al-Mustaqim AU5,KL. Panel forum tersebut ialah Ustaz Zul (nama penuh x ingt) dan Ustaz Kazim Elias AlHafiz. Sangat tersentuh bagaimana mereka huraikan kehidupan Rasullullah S.A.W dalam kehidupan baginda berlandaskan syariat ISLAM. Malah bagaimana sahabat2 Rasul S.A.W mengasihi baginda. Kita mungkin tak mampu untuk mendapatkan tahap kasih kepada Rasulullah S.A.W sepertimana sahabat2 Rasulullah S.A.W. Tapi sekurang2 nya kita mencuba. InsyaAllah.

Kita lihat kepada sejarah seorang sahabat Nabi Muhammad S.A.W, Saidina Abu Bakar As-Siddiq. Beliau pernah berjalan bersama seorang lagi sahabat dan lalu di sebuah lorong(dulu di situ terdapat sebatang pokok) dan beliau tiba2 menunduk kan kepala. Lalu sahabat tadi bertanya "Kenapa engkau menunduk kan kepala wahai Abu Bakar?" Lalu Abu Bakar r.a menjawab, "Suatu ketika ketika aku berjalan bersama Rasulullah S.A.W di sini, lalu baginda tunduk (di bawah pokok tersebut), lalu aku pun turut mengikuti apa yg dilakukan Rasulullah S.A.W." Lihat bagaimana seorang sahabat mengasihi Rasulullah S.A.W sehingga begitu sekali mereka mengikut Rasulullah S.A.W. Begitu la kerdil nya kita. MasyaAllah. Jadi kita tak perlu ikut nak tunduk kepala seperti Abu Bakar r.a. lakukan. Cukup la sekadar kita ambil iktibar dan pengajaran bagaimana kita nak mengasihi Rasulullah S.A.W.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "Aku telah tinggalkan kepada Umatku dua perkara,selagi mana kamu berpegang kepadanya, kamu tidak akan sesat selama2nya,iaitu AlQuran dan Sunnah Rasulullah S.A.W." Jadi dua perkara tersebut hendaklah dipelajari dan bukan sekadar membaca. InsyaAllah sama2 kita terapkan nilai2 dan akhlak2 Rasulullah S.A.W dalam diri kita. Apa yg kita lakukan adalah kerana kita ikut Rasulullah S.A.W. cara kita berpakaian, bersosial, bergurau, berkeluarga, mengajar anak2 sehingga lah kepada cara memerintah negara dan berpolitik. Semuanya telah diajarkan di dalam dua sumber utama kita iaitu Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. 

Salam Maulidur Rasul 1432H Dari Saya...sallu a'la rasulillah muhammad mustafa...


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...