Monday, March 21, 2011

Yakjuk dan Makjuk sudah keluar memusnahkan bumi.


"BRUSSELS: Duta Nato meluluskan pelan operasi pertubuhan itu bagi membantu menguatkuasakan sekatan senjata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke atas Libya, semalam.
Dalam kenyataan itu, pegawai Nato berkata, Turki pada awalnya menentang campur tangan di Libya.

Wakil dari 28 anggota Nato akan bertemu sekali lagi hari ini untuk mencari persetujuan mengenai pelaksanaan pelan sekatan senjata itu.
Jika diluluskan, ia mungkin membabitkan penggunaan pesawat udara dan laut Nato bagi menghalang sebarang senjata tiba kepada tentera Muammar Gaddafi.

Sebahagian daripada anggota Nato - diketuai Amerika Syarikat, Perancis dan Britain - mengambil bahagian dalam serangan udara ke atas Libya awal pagi kelmarin.

Bagaimanapun, Nato sebagai sebuah pertubuhan - yang bertindak hanya melalui persetujuan anggotanya - masih berbelah-bagi sama ada perlu terbabit atau sebaliknya.
Jerman turut menyatakan bantahan terhadap campur tangan asing di Libya.

Diplomat berkata, Perancis juga membantah pembabitan Nato dengan mengambil kira kesan reputasi pertubuhan itu di kalangan negara Arab. Sumber berkata, AS dan Kanada adalah antara negara yang mahu Nato mengepalai operasi di Libya. - Reuters"

Petikan dari harian metro, aku tertanya2 byk kali dalam pikiran aku, "Kenape Libya perlu dikenakan sekatan senjata,dan mengapa pakatan salib yg masuk campur hal ehwal Libya tidak dikenakan sekatan senjata?" persoalan yg menggangu pikiran aku hari nie lps baca petikan tersebut dalam harian metro. 
Alasan yg diberi mereka ialah selagi pihak pro kerajaan tidak menghentikan serangan ke atas pemberontak, mereka akan serang. Tapi yg bertambah teruk ialah rakyat Libya dan orang awam terbunuh dan cedera. Adakah ini motif diorg?adakah simpanan minyak yg byk Libya memaksa pakatan salib ni menyrang Libya bertuli2 dengan peluru berpandu. Sungguh kejam. Kenape mereka ini tidak dilabelkan pengganas. Kenapa dulu Syeikh AlQardhawi mengeluarkan fatwa Gaddafi boleh dibunuh mereka melabelkan syeikh tersebut dengan pengganas. Sungguh naif pemimpin2 dunia zaman sekarang. 

Wallahua'alam.

reference : harian metro selasa 22 March 2011.

Thursday, March 10, 2011

KL Pride

View of KL Tower and Twin Tower at night from Hotel Legend Kuala Lumpur.So memorable.

Saya nak Join Bloglist Nelly The Strange


"Saya nak Join Bloglist Nelly The Strange"

Syarat-syarat : 

  1. Copy BANNER yang Nelly dah sediakan dan linkkan ke entry ini.
  2. Paste kan kat entry, dan buatlah entry ringkas bertajuk : 
  3. "Saya nak join bloglist Nelly The Strange" 
  4. Yang belum FOLLOW, sila follow ye . .
  5. Korang pilih nak masuk kategori mana : Otai , Sempoi , Cool
  6.  Tinggalkan link anda kat ruangan komen entry ini.
  7. Tarikh tutup: 29 MARCH 2011 
  8. Tag dekat 3 orang ok  . .
 

Wednesday, March 9, 2011

Aku Seperti Ombak Ini

Adakah aku mampu harungi ombak ini?

Penunggu Pantai

share satu dlu...time is quite tight...

Usrah online

Bismillah



A033

Demikianlah azab seksa (yang telah ditimpakan kepada golongan yang ingkar di dunia), dan sesungguhnya azab hari akhirat lebih besar lagi; kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan (tentulah mereka beringat-ingat). (Al-Qalam 68:33) | 

alhamdulillahirabbil a'lamin...wa bihi nasta'in...amma ba'd..

Entry kali nie saya ingin menyentuh ayat 33 dari surah Al-Qalam. Ayat ini saya dengar ketika menunaikan solat Isya' yang dibacakn oleh imam. Terdetik hati saya ingin kongsi ayat ini kerana terlalu besar maknanya. 

Ayat ini menerangkan tentang azab ALLAH kepada org2 yg ingkar pada suruhanNYA. Menurut Tafsir Ibn Kathir - Azab yang disebutkan adalah azab untuk org2 yang melawan apa yang diperintah kan ALLAH kepadanya,dan siapa yang tidak bersyukur dengan apa yang ALLAH S.W.T telah bagi kepada hambaNYA. Dan ape yang diterangkan dalam ayat ini, azab di dunia yang biasa kita dengar, macam api di dunia, yang kita anggap sudah panas, rupa2nya tidak begitu panas. Malah azab di Akhirat lebih besar lagi dan lebih dasyat. Nauzubillah. Maknanya azab api neraka itu lagi dasyat panasnya seperti 70 kali ganda dari api dunia sekarang. Nauzubillahiminzalik... 

Cuba dilihat kan zaman skrg, ramai sudah lupa kan hari pembalasan,hari hisab,hari akhirat,hari kehancuran yang di mana segala perbuatan kita akan di hisab kelak di depan MAHA KUASA S.W.T.  Terdapat pelbagai bentuk hiburan yang melalaikan kita untuk ingt kepada hari akhirat. Satu tempat final exam kita. Jom Heboh la,konsert artis antarabangsa la,mentor la,akademi fantasia la,dan macam2 lagi,sampai tak terkata oleh lidah dan tak tercapai oleh akal. Benda2 nie yg buat kita lupa. Termasuk diri ku ini. 

Apa yang boleh kita buat, kita perbaiki diri kita, penuh kan ilmu agama di dada kerana ibadah tanpa ilmu umpama pokok yg tiada hasil. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesebuah kaum kecuali mereka mengubah diri mereka sendiri. 

Teringat usrah yg slalu sy hadir ketika di ALMANAR. Teringin buat usrah secara online di blog. Sekian lama telah ditinggalkan.

Setakat sini dulu,apa yang baik itu datangnya dari ALLAH,dan yang buruk itu datangnya dari saya sendiri.Wallahua'lam.

(p/s : sila tegur kalo ada salah silap)

Tuesday, March 8, 2011

Kerana sebuah gambar

Kerana sebuah gambar, pelbagai reaksi keluar dr macam2 orang. Ada yg x ambil port,ada sje suka2 komen,ada yang begitu agresif,pasif, ada yang pertahan kan,ada yang memberi pendapat,dan ada juga yang kritik. Kalo ada yang tak disebut tu korang nilai la sendiri dr facebook nie.Rasa nya total comment semua nie 34.gambar yg disebut td ialah gambar nie

Sy baca dan teliti semua comment,sy bersyukur sgt bile ada org yg paham tentang gambar nie. Actually tentang ISLAM agama samawi yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. Bagaimana comment2 bernas berdasarkan al quran dan hadis yang diutarakan oleh beberapa sahabat sy. Sbrnye bkn nak buruk kan sesape dan membuka aib,tetapi sy nk tunjuk contoh bagaimana ISLAM sekular yang ada di Malaysia. Saya tak pandai sgt tentang semua ini tp bila baca comment2 nie, ada lg sedikit ILMU yg sy peroleh. Terima Kasih ya atas segala comment yg bernas. 


Pegang la pada satu moto ini "Matlamat tidak menghalalkan Cara".

Rujuk pada dua sumber bila berhujah :-

1)Al-Quran
2)Hadis


Apa yang baik itu datang dari ALLAH,yang buruk itu datang diri saya sendiri...Wallahua'lam bissawab...

Sunday, March 6, 2011

Umat Melayu Bodoh yang mengaku beragama Islam

Jaringan Melayu Malaysia (JMM): Imej Nik Aziz sama Ayah Pin?: "KUALA LUMPUR 5 Mac - Imej Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat boleh disamakan dengan pengamal ajaran sesat, Ayah Pin kerana menja..."

Baju Sukan (Pre-Order)





Price : RM150
Size : S,M,L,XL
Color : black
Pre order : email to leomadrig@hotmail.com
 your size and color


Price : RM55
Size : S,M,L,XL
color : black orange
pre-order : email to leomadrig@hotmail.com
 your size and color



Price : RM40
Size : S,M,L,XL
color :black yellow
pre-order : email to leomadrig@hotmail.com
 your size and color



Price : RM100
color : grey red and grey blue
pre-order : email to leomadrig@hotmail.com
 your color

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...