Thursday, December 30, 2010

10 Cara Untuk Memori Kuat





















Adakah lebih baik jika kita mampu untuk ingat apa yang kita baca daripada surat khabar, kertas, buku atau apa sahaja? Lebih baik juga jika kita tidak lupa no telefon kawan kita, tarikh lahir kawan, ibubapa, adik bradik dan sebagainya.

Jangan risaukan semua itu kerana kini saya ingin kongsi cara bagaimana kita mampu untuk menguatkan memori kita.
Terdapat 10 cara untuk mengatasi masalah memori lemah:
1. Percaya pada diri mempunyai memori yang kuat.
Banyak orang berfikir mereka tidak bagus dalam menghafal atau mengingat sesuatu. Cuba buangkan sikap negatif tersebut dan serapkan percaya pada diri dalam diri kita. Natijahnya kita mampu untuk mengingat dan sekaligus menjadikan memori kita kuat.

2. Lakukan latihan otak.
Bagaimana? Lakukan latihan otak dengan sekerap yang mungkin. Isi kan masa lapang
dengan bermain permainan memerah otak macam chess, sudoku dan sebagainya. Dengan cara ini, otak kita akan sentiasa aktif dan memperbaiki sistem fungsi psikologi otak kita.

3. Kurangkan tekanan
Tekanan/stres melampau boleh mengakibatkan kesan buruk ke atas kesihatan dan memori ingatan kita. Cara terbaik ialah dengan mengawal tekanan dan stres kerana tekanan tidak boleh dibuang. Cubalah untuk bertenang dengan melakukan senaman, membaca AL-QURAN, berzikir, solat dan sebagainya.

4. Makan makanan yang sihat dan baik
Kini di pasaran terdapat pelbagai suplemen untuk memori dan kuat ingatan. Makanan yang sihat/seimbang boleh menguatkan otak kita untuk berfikir. Cuba amalkan Omega3, sayuran yang mengandungi antioksida dan lain2.

5. Perbaiki skil pemerhatian
Lupa tentan sesuatu perkara penting selalunya bukan disebabkan oleh memori yang teruk, tetapi keran skil pemerhatian kita yang tidak ada. Kita perlu memperbaiki skil tersebut seperti jika kita jumpa orang baru kenal, cuba untuk ingat dalam memori kita nama2 mereka. Begitu la skil pemerhatian berkerja.

6. Beri peluang untuk diri
Memori ialah satu benda yang sangat mudah hilang dalam jangka masa yang pendek. Kita akan mudah lupa jika kita ada gangguan. Kunci utamanya ialah cuba untuk fokus kepada perkara yang sedang kita lakukan.

7. Cipta gambaran untuk mudah ingat
Kita mampu ingat dengan mudha jika kita mampu untu membuat gambaran. Jadikan gambaran itu sesuatu yang selalu kita jumpa dan mudah kita ingat. Cara ini selalu dilakukan oleh pelajar2 untuk mengingat subjek2 untuk periksa.

8. Ulang perkara yang perlu dipelajari
Kekerapan mendengar, melihat, atau fikir membuat kita lebih mudah untuk ingat. Apabila kita ingin ingat sesuatu, cuba ulang sekerap mungkin seperti menghafal no telefon. Lagi satu tulis apa yang ingin kita hafal.

9. Kumpulkan perkara yang untuk diingat
Senaraikan perkara2 yang ingin diingat. Sebagai contoh kita ingin pergi membeli barang di kedai, kita perlu membuat senarai dahulu supaya memori kita boleh ingat apa yang perlu dibeli. Jadi kan nya sebagai satu amalan.

10. Buat peraturan
Ini bermakna, kita perlu ada disiplin diri atau aturkan perkara2 bergantung kepada kekerapan penggunaan. Sebagai contoh, kunci rumah,kita boleh letakkan kunci ditempat yang mudah diambil. Jadikan nya amalan harian anda..

Terima Kasih
=)




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...