Saturday, June 18, 2011

Muhasabah: Amalan di Bulan Syaaban

 Assalamualaikum..

Sering kita dengar tentang amalan2 mulia di bulan Syaaban,tapi pernah kah kita teliti adakala kita sering mengikut sahaja apa masyarakat sekeliling kita amalkan tanpa mengetahui bahawa ianya tidak besandar kan kepada dalil dan nas2 yg sahih. Jadi sebelum bulan Sya'aban datang,mari kita faham dan belajar tentang amalan2 soleh yg sahih di bulan Sya'aban.

Hadis palsu yg direka tentang bulan syaaban...(p/s: siapa yang mahir tentang hadis sila tegur ye)

“Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”. Ini adalah hadis palsu yang direka oleh Ibn Jahdam (meninggal 414H) (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha`if, m.s. 95, Halab: Maktab al-Matbu`at al-Islamiyyah).

Suka aku kongsi, dari dulu lagi aku ingt hadis nie betul, aku pun rujuk kat Dr.Maza nye page. Terkejut gak mula tu...

Adapun Rasulullah S.A.W berpuasa lebih di bulan Sya'aban berbanding di bulan2 yg lain. Ini dibuktikan dengan  hadis dari: 


"Aisyah r.a.h menyebut: Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w berpuasa dalam bulan lain lebih daripada puasa Syaaban. Baginda pernah berpuasa Syaaban sepenuhnya, kecuali hanya beberapa hari (tidak puasa)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)  

Usamah Zaid juga pernah bertanya mengapa Rasulullah S.A.W banyak berpuasa di bulan Sya'aban lalu Baginda S.A.W menjawab:

“Syaaban antara Rejab dan Ramadan, manusia lalai mengenainya. Padanya (Bulan Syaaban) diangkat amalan hamba-hamba Allah. Aku suka tidak diangkat amalanku, melainkan aku dalam keadaan berpuasa” (Riwayat al-Nasai, dinilai hasan oleh al-Albani dalam Silsilah al-Sahihah 4/522). 

Jadi elok lah kite mengamal kan puasa di bulan Sya'aban kerana ianya memang dituntut oleh Rasulullah S.A.W. Supaya tahun ini lebih baik dari tahun lepas. Insyaallah. 

Wallaualam...

REF: Dr.Maza

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...