Friday, June 17, 2011

Hangat:: Aku pemabuk terbaik

Short story nak cerita n share. 

Semalam 17 June 2011, Pelabuhan LKIM Chendering,Terengganu, jam 5.00 petang, kami 15 orang semuanya bertolak dari pelabuhan tersebut untuk pegi mencandat sotong dan mengail ikan. Aku antara 15 orang tersebut, bersemangat untuk berjuang di tengah2 gelombang laut yg bergelora untuk mencandat sotong. Baru je sampai kat tengah2 laut, kepala aku mula merasa 'weng'. Aku cube tahan dan aku mula kan kerja mencandat. Member aku cakap jgn pandang bawah kat laut. Pandang kat langit. Lagi ko pandang bawah lagi ko pening. Aku pun pandang ke atas dengan harapan aku boleh sambung balik kerja mencandat aku. Aku pun layan la langit biru kat atas tu. 


Uwekkk!!! akhirnya aku berjaya. Aku berjaya mengeluar kan isi perut aku. Hahaha...Aku rse aku la yg pertama. Aku akhirnya berserah sahaja. Aku pegi amik wuduk untuk solat asar. Selepas solat asar, aku terus terdampar kat atas tilam yg agak2 empuk gak la dan aku membaring kan diri aku yg sudah mabuk. 

Maghrib aku bangun lagi untuk menunaikan solat fardu maghrib. Aku turun untuk mengambil wuduk dan tiba2 aku terbau nasi yg baru di masak. Wooow...Sungguh menyelerakan. Aku rse aku ingin makan lepas aku solat nanti. Tapi aku tidak berjaya untuk makan. Aku bau nasi tu sungguh meloyakan tekak aku. Aku terus lagi membuang semua isi dalam perut aku. Fuhhhh...nikmat nye. Akhir nya aku mengaku kalah. Aku tak boleh teruskan perjuangan ini lagi. Aku pun kembali menyambung lena aku tadi lepas solat magrib.


Sedang aku lena,tiba2 aku dengar bunyi guruh. Ahhh!!!macam nak hujan jer. Tepat sangkaan ku itu. Aku rse sudah tengah malam. Hujan pun semakin lebat. Angin kuat membantai bot, membuat kan bot bertambah goyang. Aku rasa seperti di awangan. Memang terbaik la ribut angin nie. Aku rasa aku kene layan gak lena sebelum aku meluahkan lagi isi perut aku. 


Tepat jam 3.30pagi, bot kami selamat sampai di pelabuhan. Aku rasa bersyukur. Hehehe. Seksa mabuk laut aku sudah berakhir. Akhirnya aku berjaya membawa pulang isi perut kosong. Seekor sotong pun tiada berjaya aku tangkap. Hahaha...Aku cume pikir 'home sweet home'. Aku balik nie aku nak makan n tdo...Itu la pengalaman aku menjadi pemabuk laut. Walaubagaimanpun, akan datang, aku ingin ikut lagi ke laut. Aku rasa aku tak la mabuk laut lagi. Itu bukan aku.


Sekian wassalam...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...