Thursday, June 30, 2011

Muhasabah: Adab2 Berbuka Puasa

Dalam berpuasa Rasulullah S.A.W telah mengajar kita adab2 nye. Malah kita digalakkan mengikut sunnah untuk menambah koleksi bekalan pahala kita. Mari kita lihat adab2 berbuka puasa yg diamalkan oleh Rasulullah S.A.W.

1)Segerakan berbuka puasa - "Manusia sentiasa dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

2)Berbuka puasa dengan rutab,kalo tiada dengan tamar,kalo tiada dengan air. Ini adalah tertib Rasulullah ketika berbuka - Daripada Anas katanya "Bahawa Rasulullah S.A.W berbuka puasa dengan beberapa biji rutab sebelum bersolat, Sekiranya tiada rutab, dengan beberapa biji tamar,dan sekiranya tiada tamar, maka Baginda minum beberapa teguk air" (Riwayat Imam Ahmad dan Tirmidzi,hadis hasan)

3)Menyegerakan solat magrib selepas berbuka dengan beberapa biji rutab,tamar atau beberapa teguk air,sebelum makanan dihidangkan. Sekiranya makanan telah dihidangkan dahulukan makanan dan jangan tergopoh gapah untuk bersolat. Ini kerana Rasulullah S.A.W mengutamakan kesempurnaan solat. Sekiranya seseorang bersolat tetapi tidak tidak khusyuk dan memikirkan pasal makanan,kesempurnaan solat tidak akan dicapai. - Daripada Anas bin Malik r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: "Apabila telah dihidangkan makan malam,maka mulakanlah ia, sebelum kamu menunaikan solat magrib,dan jangan kamu tergopoh-gapah ketika makan malam kamu." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

4)Makan dengan kadar yang tidak berlebihan ketika berbuka. - Firman Allah s.w.t "Dan makan dan minumlah dan jangan lah berlebih2an,Sesungguhnya DIA tidak suka orang yg berlebihan2. " (Al.Aaraf:31)

5)Berdoa ketika berbuka kerana doa orang yg berpuasa dari lapar dan nafsu dimakbulkan oleh Allah s.w.t. -"Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka" (Riwayat Ibn Majah)

6)Berdoa kepada sesiapa yg menjamu orang yang berbuka puasa - Kata Anas r.a " Baginda S.A.W pernah datang kepada (rumah) Saad bin Ubadah. Dia menghidangkan roti dan minyak. Baginda pun makan dan bersabda : Telah berbuka puasa di sisi kamu mereka yg berpuasa, telah makan makanan kamu mereka yg baik dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat.

Semoga puasa kita muslimin dan muslimat mendapat pahala dan rahmat dari Allah S.W.T.

Wallahualam

source: Dr.Maza

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...