Monday, March 21, 2011

Yakjuk dan Makjuk sudah keluar memusnahkan bumi.


"BRUSSELS: Duta Nato meluluskan pelan operasi pertubuhan itu bagi membantu menguatkuasakan sekatan senjata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke atas Libya, semalam.
Dalam kenyataan itu, pegawai Nato berkata, Turki pada awalnya menentang campur tangan di Libya.

Wakil dari 28 anggota Nato akan bertemu sekali lagi hari ini untuk mencari persetujuan mengenai pelaksanaan pelan sekatan senjata itu.
Jika diluluskan, ia mungkin membabitkan penggunaan pesawat udara dan laut Nato bagi menghalang sebarang senjata tiba kepada tentera Muammar Gaddafi.

Sebahagian daripada anggota Nato - diketuai Amerika Syarikat, Perancis dan Britain - mengambil bahagian dalam serangan udara ke atas Libya awal pagi kelmarin.

Bagaimanapun, Nato sebagai sebuah pertubuhan - yang bertindak hanya melalui persetujuan anggotanya - masih berbelah-bagi sama ada perlu terbabit atau sebaliknya.
Jerman turut menyatakan bantahan terhadap campur tangan asing di Libya.

Diplomat berkata, Perancis juga membantah pembabitan Nato dengan mengambil kira kesan reputasi pertubuhan itu di kalangan negara Arab. Sumber berkata, AS dan Kanada adalah antara negara yang mahu Nato mengepalai operasi di Libya. - Reuters"

Petikan dari harian metro, aku tertanya2 byk kali dalam pikiran aku, "Kenape Libya perlu dikenakan sekatan senjata,dan mengapa pakatan salib yg masuk campur hal ehwal Libya tidak dikenakan sekatan senjata?" persoalan yg menggangu pikiran aku hari nie lps baca petikan tersebut dalam harian metro. 
Alasan yg diberi mereka ialah selagi pihak pro kerajaan tidak menghentikan serangan ke atas pemberontak, mereka akan serang. Tapi yg bertambah teruk ialah rakyat Libya dan orang awam terbunuh dan cedera. Adakah ini motif diorg?adakah simpanan minyak yg byk Libya memaksa pakatan salib ni menyrang Libya bertuli2 dengan peluru berpandu. Sungguh kejam. Kenape mereka ini tidak dilabelkan pengganas. Kenapa dulu Syeikh AlQardhawi mengeluarkan fatwa Gaddafi boleh dibunuh mereka melabelkan syeikh tersebut dengan pengganas. Sungguh naif pemimpin2 dunia zaman sekarang. 

Wallahua'alam.

reference : harian metro selasa 22 March 2011.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...