Monday, February 7, 2011

Mengejar Harta Dunia

 
Abu Hurairah Radhiallahuanhu meriwayatkan Nabi Muhammad S.A.W bersabda : 

"Sesiapa yang mengejar dunia dengan tujuan mengelak daripada meminta-minta dan dengan tujuan menjaga anak isterinya daripada memakan harta curi, harta samun dan sebagainya, dan dengan menjaga hubungan dengan jiran tetangga, dia akan bertemu ALLAH di akhirat kelak dengan wajah yang berseri-seri umpama bulan purnama"

Adakah salah untuk kita mengejar harta dunia. Allah tidak pernah melarang tetapi Allah s.w.t lebih menyuruhkan hamba nya untuk mencari harta dunia dengan niat bkn menunjuk2 dan membuat maksiat. 

Kalo la kita mencari kekayaan ttp kita membelanjakan duit2 kita ke arah kemaksiatan, nescaya kita tergolong dlm golongan org2 yg lalai. Hadis ini menggalakkan kita supaya kita berbuat kebajikan dgn kemewahan yg sedikit ini dengan org2 yg memerlukan. 

Aku ske hadis ini sbb ia bleh jadi peringatan kat aku, walopun rezeki Allah bg dengan byk tp kte x membelanjakan ke arah kebaikan nescaya Allah akan balas samaada balasan di dunia atau di akhirat. Nauzubillah.

Allah S.W.T berfirman: 

" Bermegah-megahan telah melalaikan kamu, sampai kamu masuk ke dalam kubur. Sekali kali tidak! Kelak kau akan mengetahui (akibat perbuatanmu itu ), kemudian sekali kali tidak! Kelak kamu akn mengetahui. Sekali kali tidak! Sekiranya kamu mengetahui dengan pasti, nescaya kamu benar-benar akan melihat neraka Jahim, kemudian kamu benar benar akan melihatnya dengan mata kepala sendiri, kemudian kamu benar-benar akan ditanya pada hari itu tentang kenikmatan (yang megah di dunia itu) " 
Surah At-Takathur (102: 1-8)
Bagi aku, ape yg dapat aku katakan kt sini, niat untuk mengejar harta dunia  yg sikit ni perlu niat yg baik supaya kita dapat redha Allah dan keberkatan rezeki kita. Bahagi2 kan lah harta kita kepada ibubapa yg telah menjaga kita dr kecil, isteri, anak2, org2 yg dlm kesusahan, sedekah dan zakat. 

Dua syarat untuk mencari harta dunia ini: 

1) Mencari dengan cara yg halal 

2) Memasang niat yang baik ketika mencari harta
  • dengan tujuan supaya tidak meminta-minta daripada org lain
  • dengan tujuan untuk menyara keluarga
  • dengan tujuan membantu mereka yg memerlukan
Kalo lihat sejarah sahabat2 , mereka yg kaya raya tidak pernah bermegah2 dgn kekayaan mereka bahkan mereka menyalurkan harta mereka untuk pembangunan islam dan jihad ke jalan ALLAH. Ini lah sbnrnye saranan Nabi Muhammad S.A.W. 

Smoga kita bertambah baik dan diberkati Allah di dunia dan akhirat. Amin

(p/s : ingatan untuk diri ku dan juga pembaca blog)

reference: Tundukkan Hati oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat & Annual Bakri Haron

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...