- Apabila mendengar azan, segeralah mendirikan solat walau dalam keadaan apa sekali pun.
 - Bacalah Al-Quran, tatapilah buku-buku, pergilah mendengar perkara2 yang baik, amalkanlah zikrullah, dan janganlah sama sekali membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah,
 - Berusahalah sedaya upaya untuk bertutur dalam bahasa Arab yang betul kerana bahasa arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.
 - Janganlah banyak bertengkar kerana pertengkaran kosong tidak mendatangkan kebaikan.
 - Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
 - Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
 - Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang diperlukan oleh oendengar kerana percakapan yang nyaring adalah resmi yang sia-sia dan boleh menyakiti hati orang.
 - Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang dan mengecam seseorang, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.
 - Berkenal-kenallah dengan setiap ikhwan muslimin yang ditemui walaupun dia tidak meminta saudara berkenalan dengannya..asas gerkan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.
 - Kewajipan kita lebih banyak daripada masa, oleh itu tolonglah saudaramu agar mereka menggunakan masa dengan berfaedha, dan jika anda mempunyai tugas sendiri, ringkaskanlah perlaksanaannya.
 
Terima Kasih
=)
=)
No comments:
Post a Comment